target=_blank>glitter-graphics.com

Friday 12 August 2011

ak mampu berubahh hanya kerana cinta

hanya kerana cinta seorang lelaki yang tak jelas
hanya kerana cintaku dipermainkan
hanya kerana hati ku terluka dgn sikapnya
sifatku berubah sehingga sebegini rupa .
aku menjadi "pengkid"
aku menjadi "lesbian"
hanya kerana cinta seorang lelaki

aku tidak mahu jadi begini
tapi hati ku
sedikit pun tidak dapat menerima lagi cinta seseorang yang bernama LELAKI
hanya kerana dirinya ..
telah menutup semua pintu hati ku tuk menerima cinta dari LELAKI
hati ku menyatakan bahawa sesungguhnya insan LELAKI ini sama semuanya
tidak dapat dipercayai
janji-janji manis penipuan semata-mata
hatiku memberontak pedih
padila dapat tahu dirinya curang .
selama 6 bulan lebih ..
aku menangis
membengkak knn mata setiap malam
menggigati dirinya .
aku mengambil keputusan untuk berubah
dan ini lahh diriku
selepas dipermainkan oleh cinta seorang LELAKI !

situasi-2 yunk berlaku ketiika bergayodd nutt bf/gf kowunk

1.  Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang henset korang..Sama ada tunggu panggilan atau korang yang akan call! Ada yang akan SMS tanya "Bz ke tak? Nak call nih" .....
2.  Bila bergayut kadang2 tak kira tempat...Banyak port yang korang conquer.. Ada yang kat koridor..Ada yang depan pintu... Atas katil... Di meja study... Macam2... Masa ni dah tak kesah dah pukul 2 3 pagi pun sanggup gayut kat luar bilik asrama korang semata-mata dapat cakap ngan yang tersayang.... Kekasih punya hal, hantu2 dah tak takut dah!
3.  Bila gayut punya gayut sampai mengantuk tapi si kekasih nak cakap lagi... Cakap2 sampai terlena.. Besok pagi pakwe/makwe call kata " Semalam dah tido eh? I panggil tak sahut2".. Dah mengantuk tapi taknak gtau sebab xmau kecewakan dia...apa daaaa~~
4.  Tengah dok syok cakap telefon, tiba2 "tuuutt" call putus... Mula2 try call balik tak dapat.. Then check balance topup dah habis..Yang sang kekasih pun takde kredit.... Haa tyme ni la sibuk buat SOS topup la..Credit Advance la...Pi bilik kawan yang jual topup laaa...macam2...siap suruh ayah,mak, kakak dan abang pi topupkan..ish3!
5.  Bila syok dok gayut atas katil tiba2 roomate nak tido dah..."Alamak,takkan nak gayut depan dia! Nak gayut di luar takut...Kalau gayut depan dia,nanti dia dengar aku bermanja-manja ngan kekasih aku lak"  Bila dalam dilemma camni last choice ambik bantal cover!
6.  Masa awal-awal call cakap la benda harian yang dibuat...Makan apa...Jumpa sapa...Aktiviti menarik yang dibuat...Then masuk part 2 plak dalam perbualan iaitu part gaduh-gaduh manja lak... Then masuk part ke 3...part pujuk memujuk pulak...Last2 BAIK balik...Banyak part sungguh laaa...
7.  Kadang-kadang bila dah tak tahu nak cakap apa, pasang loudspeaker dan bagi roomate2 dengar sekali...Tyme ni semua pakat kerumun nak tanya soalan kat kekasih korang.. Nak menyibuk laa..nak mengusik laa... Nak buat Edisi Siasat laa... Yang roomate/kawan2 korang ketawa terbahak2 dengar kekasih kita bagi jawapan....
8.  Ada kes di mana tengah dok gayut then gaduh besar... Tyme ni (kalau perempuan memang menangis laaa) dan akan terus matikan telefon.. Haa mulalah pakwe ni call atau mesej si roomate korang supaya tolong bagi dia cakap ngan korang.... Tak pasal2 jadi orang tengah pulak....
9.  Bila akhir perbualan mestilah nak sebut " I LOVE YOU" atau " MISS YOU" tapi kita xsebut kuat-kuat...Malu kena ejek ngan roomate kalau dengar.....Oya, last sekali mesti ada "Mmmuuuaaahhh mmmuuaahhh" tu pun bagi kiss sesenyap mungkin... Malu punya pasal...tapi tetap nak bagi...
10.  Haaa...ini memang satu situasi yang mana2 couple pun akan alami... "Awak letaklah dulu..." "Tak Nak... Nak awak letak dulu..." "Ala..semalam saya dah letak.. Hari ni awak pulak letak!" "Ala...jom kita letak sama2 k?Awak kira la sampai 3" "OK....1...2....3..." Hmmm...sampai ke sudah tak letak2....
Betul tak korang pernah alami situasi nih? Kalau pernah sila cumentt . hehee ^^

Saturday 16 April 2011

jangan buat orang yang mencintai kamu kecewa . . .

‎1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu 
 memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta

Sunday 3 April 2011

kelayakan menjadi mat rempit !

Kelayakan:
1. Keberanian (otak tak perlu)
2. Otaknya mesti berada di lutut
3. Tak cukup kasih sayang dari keluarga
4. Teringin nak masuk batu 2
5. Berlagak pandai
6. Tiada tujuan hidup
7. SPM mesti straight "E"

'Kelebihan' menjadi seorang Mat Rempit 
1. Menjadi tumpuan masyarakat
2. Bangga dapat masuk TV
3. Raja jalanan
4. Dapat barang free (duit,komponen, yang penting skali 'aweks')
5. Aksi rempit disaksikan ratusan ribu penonton di YouTube
6. Ditemuramah media (muka kena sensored)
7. Menjadi penghias muka depan surat khabar
8. Menaikkan imej moto kapcai dimata dunia

'Keseronokan' menjadi seorang Mat Rempit
1. Patah kaki, tangan, anggota keseluruhan
2. Terlentang atas jalan
3. Naik ambulans (layanan dari nurse yg seksi)
4. Separuh mampus!
5. Dilawati ahli keluarga
6. Kadang-kadang VIP datang melawat dan memberi sumbangan
7. Aksi kemalangan masuk Facebook, dishare oleh ribuan pengguna Facebook (popular skit)
8. Masuk pusat serenti
9. Masuk penjara
10. Keluar masuk balai polis (ada aircond)
11. Tak boleh online Facebook
12. Masuk mahkamah (kereta disediakan)

Jadi, jika anda mempunyai kriteria-kriteria seperti yang tertera diatas ini jangan lupa datang ke ujibakat menjadi mat rempit. Jumlah kekosongan: Selagi jalanraya tidak penuh dengan mat rempit

Tempat: Batu 2
Masa: Sepanjang masa
Tarikh: Tidak dinyatakan
Kelebihan: 'berseronok' di batu 2

MAT REMPIT....MENGUBAH MASA DEPAN ANDA MENJADI SEMAKIN 'CERAH'.